-->
Yana.

Sekolah.

Hi Assalamualaikum and very good afternoon guyss! Setelah sekian lama meninggalkan  si diari online, kini  ku bangkit dengan harapan baru untuk menghias semula laman ini. walaweh ayat habis sastera rasa nak rodok usus dengan penyapu doh! sudi-sudi dan rajin-rajin kan lah diri mu untuk membaca my first post sbb post yang lain aku dah delete buat nyemak mata je kalau baca. enjoyy..

Ha! nampak quotes best sikit mesti nak ambik taruk kat twitter kan? ha ambik lah , aku pon curi dekat google -,- ha ha kelakarnya yana buat lawak -,- k k. forget it. Harini nak story pasal sekolah. Ye, sekolah! memang ramai benci sekolah. Taknak pergi sekolah, malas belajar, ponteng kelas sebab cikgu-cikgu semua perangai cam taik. bagi kerja sekolah bapak menggunung then nak suruh kita siapkan keesokanharinya. Agak-agak dia pernah kena sumbat dengan kasut tumit tinggi Adel Asha tak? huh, pastu cikgu suka sangat lah nak bebel kalah onyang gigi dua. Dekat rumah kena bebel, sekolah kena bebel. Haih ~ mmg hidup penuh dengan bebelan yang menusuk ke qolbu! Kalau aku hantar rayyan fawwaz hentak dia agak-agak mulut dia boleh senyap tak? :'/ Cikgu kalau sehari tak ruined kan hari kita memang tak sah. Kalau kena perli dengan cikgu lagi best. Cikgu memang layak masuk geng gosip jemah via SMKBBSB sbb semua cerita dia tahu. Sulit tak sulit peribadi tak peribadi semua dia tahu. Google bergerak agaknya --" Kita semua ada kisah pahit kat sekolah sampaikan kita sendiri benci cikgu. Sanggup tengok muka wak pekebun sekolah tu daripada menghadap muka cikgu. Tapi percayalah, seburuk mana cikgu, sejahat mana dia, dia lah yang buat kita berjaya macam sekarang. takkisah lah kita cemerlang ke tak, bukan nya semua manusia di lahirkan pandai kan? Tapi sebab cikgu lah kita boleh hafal lagu Abc, mengaji alif ba ta. Kenal mana satu merah mana satu biru. Semua kerana cikgu. Cikgu lah yang susah payah mendidik kita agar kita ni tahu membaca menulis mengeja. Kita selalu kutuk cikgu. Kata dia gelabah poyo singa harimau itu lh ini lah macam aku lah yg dekat atas tu lah. hihi xD tapi hakikatnya dia lah yang kita rindu rindukan sekarang ni selain sekolah dan kawan-kwn. Tanpa cikgu takda lah sekolah, tanpa sekolah takda lah murid. Sehari sebelum start sekolah mmg berdebar debar hati ni nak masuk sekolah. Bukan nya sebab nak belajar tapi sebab kawan. Rindu bebeno dekat kawan setahun  tak jumpa. Masa mula-mula masuk sekolah, semangat je. Siap buat list "  AZAM AKU TAHUN 200000 " 3miggu kemudian ~ list tah kemana azam tah kemana. Ke laut agaknya mencari ketam nak buat bbq malam ahad. Bila dah akhir tahun, trendinglah twitter. Hashtag #ZamanSekolah #RinduSekolah ha ha! Bila dah habis sekolah dah nak cuti panjang masing-masing menangis. Katanya rindunyaaaaaaaa dekat sekolah, rindu nak tomoi dengan cikgu, rindu nak geletek wak. eh? sebenci mana pon kita dekat seseorang tu, kita akan merindui dia. Bukan mungkin tapi pasti! Kita pasti akan rindu zaman kita sekolah, masa kita rehat dengan kawan-kawan, masa kita jatuh dalam tandas busuk sekolah, gaduh dengan minah mana mana tah. Kita mesti akan rindu. Kawan-kawan aku lagi best, dok cari gambar sekolah dulu yang sakai-sakai lipat tudung macam mak limah goreng pisang tepi simpang tu. Kita mesti rindu masa bergurau senda, bergaduh dengan kawan, cikgu, dah musuh kita. Tipulah kalau tak rindu. Kalau tak rindu kawan, cikgu mesti ada sikit rindu dekat ex e yang satu sekolah. Konon sweet suap aiskrim tepi dewan. Jalan pergi kantin sama-sama balik sama-sama ke tandas bersama. aipppp!! biasa tu. tulah.. rindu nya lahai ~ Selagi kita ada masa ni, maanfaatkanlah masa yang ada. Selagi mata kita berkelip hargai lah cikgu yang dah ajar kita. Hi, happy holidayyysss by the way. Assalamualaikum x)
Home
Subscribe to: Comments (Atom)
SpongeBob SquarePantsSpongeBob SquarePants

Powered by Blogger.